Thursday 5 May 2016

PENYAKIT H1N1


Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988. Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.




Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).



SIMPTOM H1N1



Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.Symptom pada orang dewasa ialah:• Kesesakan nafas• Sakit dada• Pening secara tiba – tiba• Muntah• Selsema• Batuk terukSymptom pada kanak – kanak ialah:• Pernafasan laju atau mempunyai masalah pernafasan• Warna kulit kebiruan• Muntah • Berat badan kurang• Selsema• Batuk terukKOMPLIKASI H1N1Bagi anda yang tergolong dalam kumpulan berisiko untuk mendapat komplikasi yang teruk seperti:• Umur kurang 5 tahun atau lebih 60 tahun• Menghidap penyakit kencing manis, sakit jantung/paru-paru kronik• Menjalani rawatan tertentu seperti aspirin, steroid, ubat imunosupresif• Wanita hamil• Obes (kegemukan melampau)





CARA PENYEBARAN H1N1



Virus jenis A (H1N1) selsema babi ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.DIAGNOSIS MAKMAL H1N1Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan sekali lagi bahawa rawatan antiviral hanya diberikan kepada 3 kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):1. Individu yang mempunyai simptom influenza-like illness (ILI) dan mempunyai faktor risiko.2. Individu yang mempunyai simptom ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).3. Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.




CARA PENCEGAHAN H1N1



Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.




• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.



• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.



• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.



1. Cara terbaik untuk mengelakkan virus H1N1 daripada tersebar melalui batuk dan bersin• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.• Jangan pergi ke sekolah• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin

2. Tenik terbaik untuk mencuci tangana. Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan3. Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.a. Jika anda sakit anda perlui. Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;ii. Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;iii. Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-1. Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;2. Tidak minum air yang secukupnya3. Tidak bangun dan berinteraksi4. Tidak suka dipegang dan asyik merengek5. Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk6. Demam dan beruam


RAWATAN H1N1



CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).Peranan Masyarakat Semasa Fasa MitigasiMasyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak. • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).• Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair. 






• Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:a. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul b. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awamc. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat  Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.  Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.  Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak. d. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.e. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital. f. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal g. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaianh. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sunday 24 April 2016

HAIWAN

Haiwan atau binatang ialah sekelompok besar organisma eukariot multisel yang tergolong dalam alam Animalia atau Metazoa. Apabila berkembang, pelan badannya pada kesudahannya menjadi tetap, namun ada sesetengah spesies yang menjalankan proses metamorfosis di tengah-tengah riwayatnya. Kebanyakan haiwan adalah motil, iaitu boleh bergerak secara spontan dan berdikari. Semua haiwan juga merupakan heterotrof, iaitu perlu memakan organisma lain atau hasil keluarannya demi menyara hidup.

Spesies terancam ialah organisma yang menghadapi risiko kepupusan, sama ada kerana bilangannya kecil mahupun kerana diancam oleh parameter-parameter persekitaran yang berubah atau pemangsaan. Spesies terancam biasanya ditakrifkan menerusi spesies taksonomi, tetapi ia juga boleh merupakan unit bererti evolusi yang lain. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) telah mengira peratusan spesies terancam sebagai 40% daripada semua organisma, berdasarkan sampel spesies yang dinilai pada sepanjang 2006.[2] (Nota: IUCN mengumpulkan semua spesies terancam bagi tujuan membuat ringkasan.) Banyak negara mempunyai undang-undang yang melindungi spesies bersandar pemuliharaan: misalnya mengharamkan pemburuan, mengehadkan pembangunan tanah atau mengasaskan kawasan simpanan haiwan. Walau bagaimanapun, hanya sebilangan spesies yang menghadapi risiko kepupusan telah disenaraikan dan memperoleh perlindungan undang-undang. Banyak spesies lagi akan menjadi pupus, atau berpotensi menjadi pupus, tanpa mendapat sebarang perhatian awam.










Friday 15 April 2016

Erti Persahabatan

Persahabatan bermaksud hubungan yang rapat antara dua orang atau lebih. Sahabat yang baik akan membimbing dan membantu kita dalam kesusahan. Apabila kita gembira, sahabat adalah antara orang yang kita cari untuk kita berkongsi kegembiraan.




"Persahabatan Empat Remaja"
Di sebuah desa terdapat empat remaja yang bersahabat sejak kecil. Rumah mereka saling berdekatan sehingga sering keluar bersama. Saat di TK mereka berangkat ke sekolah bersama-sama. Bila salah satu belum siap, yang lainnya akan sabar menunggu. Setelah mereka siap, baru berangkat bersama-sama.

Keempat remaja itu bernama Adriyana,Alyatul,Ayuni dan Fathiah. Tetapi Ayuni lebih tua satu tahun dari Alyatul,Fathiah dan Adriyana. Saat Fathiah kelas 1 SD, Alyatul dan Adriyana masih di TK. Walaupun berbeda kelas mereka tetap menjaga persahabatan diantara mereka. Setelah pulang sekolahpun mereka tetap bermain besama teman-teman yang lain. Tiga sahabat ini sanat suka bermain sepak bola setiap hari, mereka kumpul di lapangan tepat pukul 03.00 sore.

Bersama teman - teman yang lain mereka mengumpulkan uang untuk membeli bola plastik yang harganya Rp 3.500. Setelah mereka mendapatkan bola, Fathiah,Alyatul dan Adriyana mulai bermain dengan semangat hingga menjelang magrib. Mereka pulang ke rumah masing - masing untuk mandi dan mempersiapkanuntuk berangkat ke musholla dekat rumah mereka. Saat azan tiba, mereka berangkat bersama – sama hingga pulangnyapun mereka juga bersama - sama. Sebelum pulang mereka menyempatkan untuk ngobrol sebentar, walaupun mereka masih mempunyai PR.
 
Hampir setiap hari mereka berkumpul bersama, apalagi saat hari libur. Mereka bisa bermain sampai lupa waktu dan larut malam. Sampai - sampai Dedy dimarahi ibunya. Dedy kena marah gara - gara pulang terlalu malam. Hari demi hari mereka lalui bersama dengan penuh canda dan tawa.
   
Ketika Fathiah naik ke SMP, Alyatul,Adriyana dan Ayuni berada di kelas 6 SD. Mulai sejak itu mereka berempat jarang bermain dan keluar bersama. Fathiah jadi jarang keluar rumah karena ia mulai serius dengan pelajaranya, tetapi Alyatul,Adriyana dan Ayuni menyadari bagaimana kesibukan yang dialami Fathiah. Di kelas 6 SD ini,Alyatul,Adriyana dan Ayuni masih bisa bermain bersama, tetapi mereka merasa kurang puas karena tidak hadirnya Fathiah.

Saat Alyatul,Adriyana dan Ayuni naik ke SMP, mereka pisah sekolah. Sehingga mereka tidak bisa kumpul bersama lagi. Keempat remaja ini memiliki sekolah yang berbeda, dan mereka sudah tidak bisa bermain bersama lagi karena pulangnya sore hari. Mereka sudah lelah searian sekolah, jadi lebih memilih istirahat di rumah. Empat sahabat ini menekuni pelajaranya masing – masing. Dengan belajar giat dan rajin mereka berharap mendapat nilai yang terbaik. Jadi mereka tidak memiliki waktu luang sedikitpun untuk bermain bersama. mereka lebih memlih bermain dengan teman – teman di sekolahnya.

pesanan buat semua yang membaca..
jagalah hubungan persahabatan anda dengan sebaik-baiknya...



MAKSUD SAJAK

Rangkap 1

Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Melayu yang nampak cantik apabila berbaju kurung. Mempunyai lesung pipit dan kening yang lentik. Dia sedang bermain-main keseorangan dalam keadaan keriangan. Di wajahnya menampakkan kegembiraan melalui senyum dan ketawanya.


Rangkap 2

Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang mengenakan pakaian cheongsam dan mempunyai dua tocang pada rambutnya. Wajahnya menampakkan keceriaan.  Kemudian dia datang bertegur sapa dengan kanak-kanak berbangsa Melayu. Dia menghulurkan senyuman dan ketawa manja yang menyerlahkan keriangannya. Kemudian mereka bermain dan berkejaran bersama-sama tanpa sesiapa yang menghalang.


Rangkap 3

Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa India yang mengenakan pakaian sari, bergelang dan bertindik hidung.  Apabila dia melihat keriangan kanak-kanak berbangsa Melayu dan Cina itu bermain bersama-sama maka timbul rasa di hatinya untuk bermain bersama-sama dan berkongsi kemesraan.


Rangkap 4

Kanak-kanak yang berlainan agama dan bangsa itu saling bersalaman dan berpeluk mesra. Mereka tidak menghiraukan perbezaan adat dan budaya yang wujud antara mereka. Mereka telah membina hubungan baik antara satu sama lain tanpa rasa curiga. Wujudnya perpaduan dalam kalangan mereka tanpa rasa prasangka.  Mereka telah bersatu hati membentuk jati diri bagi merealisasikan wawasan negara agar lebih bererti.





 TEMA


Sajak ini mengemukakan tema tentang perpaduan antara kaum – masyarakat berbilang kaum perlulah bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan perpaduan.




 PERSOALAN


1.      Persoalan hubungan persahabatan yang wujud tanpa mengira kaum dan agama.

2.      Persoalan keakraban dan perpaduan dapat dicapai tanpa wujudnya rasa sangsi atau curiga antara satu sama lain.

3.      Persoalan kemesraan dalam perhubungan contohnya kanak-kanak pelbagai kaum bermain bersama-sama dengan riang dang gembira.

4.      Persoalan sikap ramah mesra tanpa batasan kaum iaitu kanak-kanak berbangsa Melayu terhadap kanak-kanak berbangsa lain untuk bermain bersama-sama.




Monday 11 April 2016

Oh Ibuku Tercinta

Bunda.......
Engkau selalu ada untuku...
Menemaniku dalam suka dan duka..
Menemani hari-hari ceriaku...

Bunda......
Engkau selalu membimbingku..
Mengajariku untuk berahlak mulia..
Dalam keseharianku....

Bunda ....
Engkau bagai malaikat bagiku...
Engkau juga sahabat bagiku...
Ketulusan yang ada dalam dirimu....
Membuat aku bangga pada dirimu

Bunda...
Aku selalu menyayangimu
Jasamu takakan pernah bisa terbalas oleh ku...
Namun aku akan berusaha menjadi anak kebanggaan mu.....